Khamis, 19 Julai 2012

~_^


Puasa ^^

ASSALAMUALAIKUM
3:42 am
Masih ada lgi ke yang tak tido ?
amboi cakap orang pulak eza nie kan .. hehehe ..
Korang jangan le pelik tengok eza dok update blog dah tengah - tengah malam nie
yela, tak penah-penah kan .. kalo korang nak tahu
esok eza cuti , itu la yang leh on9 sampai lewat malam nie .. hehe
ok korang puasa telah di tetapkan pada hari sabtukan , jadi dikesempatan ini 
eza & salman ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua .. 
pada adik-adik tu jom la puasa sekali , best tau .. hehe
kalau boleh jom kita ramai-ramai buat niat tok puasa penuh tahun nie nak ???
kepada yang tengah senyum-senyum tu boleh la ye .. hehe
semoga kita semua mendapat keberkatan .. amin ..
 
 
 
Eh korang dah tahu ke raya tahun nie korang tema apa,
dah beli baju raya ? kasut raya ? langsir raya ?  
opssss!! puasa baru nak mula , hehehe ..
jangan la kita seperti lebih menanti - nantikan raya pulak ye ..
seharusnya , puasa bulan mulia inilah yang sangat -sangat kita nantikan ..
ok la korang eza dah ngantok sangat nie ..

SELAMAT BERPUASA ^^
   

Selasa, 17 Julai 2012

kesian -_-

Hari nie aku kerja ^^
 tak macam semalam aku tak masuk kerja pon ..
wahh macam company sendiri je kan ??
hahaha ..
sebenarnya aku nak kongsi cita dengan korang apa yang 
aku nampak ..
tadi masa lagi sejam nak balik kerja aku dok lepak-lepak je ..
tiba-tiba aku ade terdengar suara jeritan budak kecik ..
lepas tu aku dengar ada orang cakap " Ya Allah excident "
ha ! aku apa lagi nak pastikan kejadian tu ,
aku terus pegi tengok tapi takde la datang dekat
takut ooo .. 
aku nampak 1 moto jatuh kat tengah jalan 
bersama sorang laki dengan sorang budak .. tak pasti bangsa apa ..
jeritan budak tu buat aku takut ..
aku tengok orang yang lalulalang kat situ tak tolong pon ,
aku jauh jegak la dari tampat tu .. 
tapi di sebabkan tempat kerja aku nie atas bukit tu yang boleh nampak kejadian tu ..
pastu , tiba 1 keta ujian lesen memandu 
benti dan tolong bawak budak tu pergi hospital ..
aku dengar cita orang yang nampak kejadian tu cakap
moto tu bawak laju, budak tu pulak berdiri kat bakul depan tu ,
dia nak selekoh ke kiri tapi dalam keadaan laju terus langgar divider ..
 pastu masa aku nak balik aku nampak tuan moto tu datang amik moto dia 
kat car wash depan tempat kejadian tu , sebab budak car wash tu datang tolong 
jugak tapi lepas budak tu dah gerak g hospital ..


pesanan ; kepada pembawa moto tolong la jangan nak bawak laju-laju .. pertam kali aku tengok kejadian tu , memang menakutkan kot .. hati-hati la buat korang semua .. nyawa tidak ada di jual beli ..  ingatlah orang tersayang .. ^^

 

Ahad, 15 Julai 2012

good luck

Sayang..
good luck semoga dapat jawab exam harini ..
 tenangkan fikiran dan yakin dengan jawapan u ok .. ^^
i yakin u boleh jawab .. ^_^

 

Alhamdulillah






Alhamdulillah kita dapat betemu lagi dengan bulan RAMADHAN yang mulia ini .. di harap puasa kali ini kita sama-sama dapat keberkatannya .. eh korang ada lagi ke yang tak ganti puasa tu , cepat-cepat la ganti ye .. huhuhu .. tak sabar rasanya nak sambut puasa yang dah dekat nie .. salman dan eza mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI  kepada semua .. Bersyukur kepadanya kerana memberi kesempatan laGI untuk kita bersama-sama berpuasa pada tahun ini ..Adakah kita dapat bertemu lagi dengan bulan puasa seterusnya ???? takde sapa pon yg akan tahu .. Jadi sama-sama lah kita menghargai bulan yang mulia ini..

 >> Bermulalah persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ini .. ^^

aku ingin ^_^


 

^ ^


Hanya Aku Cinta kau Seorang 2012 Full Movie

Sabtu, 14 Julai 2012

Mari - mari ^^

 Pusat Kecantikan Butik Aima 

Ini sebahagian gambar-gambar dari pusat kecantikan butik aima
yang terletak dekat ipoh perak.. 
sebarang pertanyaan sekiranya berminat 
boleh terjah facebook kak ida nie .. 
bole la pm untuk tanya apa-apa .. ^^
www.facebook.com/ida iskandar
 






Pelamin ini berharga rm650.00











Pelamin ini harga
RM650.00





Pelamin bertunangan
RM550.00





Hiasan bilik pengantin simple tapi cantik
RM250.00

aku ingin !!

:: aku ingin jadi seperti layang-layang yang bebas di awangan setinggi-tingginya .. tetapi aku juga tidak ingin tali layang-layang itu putus dari jagaan tuan nye .. duhai imam ku bimbing la aku ke jalan yang benar .. janganlah engkau membiarkan aku tersasar dari landasan tersesat dengan kehidupan yang sementara ini .. aku ingin bersamamu dan keluarga kita ke syurga yang indah ..  ( u_u )

muslimah ( ^_^ )

Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita krn kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita krn keteguhan imannya. (◠‿◠)

Hoore! Hoore! Full Movie




jom sumer tengok cita nie bagi yang belom tengok lagi .. 
memang best sangat cita nie .. 
banyak manfaat yang kita dapat .. 
tersentuh hati .. 
yang paling penting biar ape pon orang nak cakap kita tak boleh jatuh dan tunduk .. 
kita mesti bangun dan tunjuk yang kita bukan seorang yANG lemah ..

Adeff - Sang Rasa (Dejavu Di Kinabalu)

Isnin, 2 Julai 2012

Saya Blogger Awesome + Cool II

Di singkirkan u_u

Dulu bila aku sahaja di depan mata mereka wahh aku terasa sangat di hargai ..
 tetapi sekarang dengan adanya orang baru, aku seperti tidak hujud dihadapan mereka.. 
seperti kata pepatah " Habis madu sepah di buang " .. 
sekarang ape yang mampu aku lakukan hanya menurut saja ape kehendak mereka .. bersabar hingga tiba satu saat aku akan pergi jauh .. aku cuba sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang-orang yang aku sayang .. namun sebenarnya, usaha itu terlalu sukar untuk aku lakukan .. kini aku hanya mampu memohon pada yang maha esa kuatkan semangat aku supaya aku mampu lakukan ape yang aku impikan ..

aku harus pandang kehadapan dan jangan mudah mengalah dengan dugaan yang Allah berikan .. aku harus kuat .. biar ape pon orang nk kata aku harus redah ..!! 

eh!! dah macam ayat si angah raja lawak lak dalam masterchef ... hehehe .. tibai je janji happy ^^

Rabu, 27 Jun 2012

Ibu , Ummi , Mak , Mama


Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak jangan buat ibu jatuhkan air mata. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angakara anak.

Tanda-Tanda Kiamat

TANDA-TANDA KIAMAT::

- Kemunculan Imam Mahdi


- Kemunculan Dajjal


- Turunnya Nabi Isa (AS)


- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj


- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."~

YuKkk ... ~_^

~**yang menipu itu "DUNIA"

~**yang Dekat itu "KEMATIAN"


~**yang besar itu "HAWA NAFSU"


~**yang berat itu "AMANAH"


~**yang sulit itu "IKHLAS"


~**yang mudah itu "BUAT DOSA"

~**yang susah itu "SABAR"

~**yang berharga itu "IMAN"

~**yang ditunggu ALLAH, adalah "TAUBAT"

KAWAN

  • PILIH kawan yang berakal, JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
  • PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan meransang nafsu jahatnya.
  • PILIH kawan yang soleh, JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa maksiat.
  • PILIH kawan yang bersederhana, JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.
  • PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.   

U_U


~_^

:'Air yang dicincang tidak akan PUTUS , 
=> Bermaksud IKATAN yang terjalin dengan Kasih Sayang tidak akan Hancur walaupon ade pihak ketiga :)

Isnin, 25 Jun 2012

BuKaN nIaT kU

Suamiku,
Sejujurnya memang bukan niat ku
 untuk menipu diri mu .. 
Tetapi hanya sekadar gurauan aku melakukan itu, 
bukan aku ingin melukakan hati mu..
tetapi ingin melihat respons dari mu..
Hurmm ....
sebenar-benarnya aku ingin kau mengerti isi hati ku ini..
aku mengerti kesilapan ku..
dan kini aku terasa semakin hampir dengan 
pembalasannya..
Ya Allah, ampunkan dosa ku..
bukan niat ku ingin melukaan hati suami ku..
 Seharusnya aku mempercayai 
suamiku sendiri..
Jauhkan la kami daripada perpisahan..
Sesungguhnya aku sangat-sangat
menyintainya, dan aku masih ingin dia 
membimbing aku ke jalan Mu..
Satukanlah hati kami supaya
saling mempercayai dan saling 
mencintai antara satu sama lain..
Jauhkanlah orang ke tiga di dalam hubungan kami ini..
berikan kami merasai kebahagiaan ini 
hingga akhir hayat kami.. 
amin :(



Suamiku, maafkan kesilapan ku ini.. :(

Ahad, 17 Jun 2012

SURAH AL-FATIHAH

-Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah ,lagi Maha Penyayang.

- Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

- Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

- Pemlik hari pembalasan.

- Hanya kepada Engkau kami menyembah  dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

- Tunjukkanlah kami jalan lurus.

- (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Isnin, 11 Jun 2012

cantik tak??



Ha ! cantik tak pelamin kat atas nie ?
 nie eza amik dari kawan eza ..
pelamin nielah yang dia dok idam kan
sangat-sangat..cantik kan ..
eza pon suka jugak kalo pelamin cam nie ..
mesti ramai gadis-gadis yang memang suka giler 
tengok pelamin nie kan .. huhuhu ..
mari teman-teman tengok le puas-puas ..
memang cantik ..
eza doakan majlis kahwin kawan eza tu berjalan lancar ..
amin ..
memey sempoi ler ..
 
 

Khamis, 26 April 2012

Insan Baru ~_~

Korang tengah tunggu bab JAUH DARI CINTA yang seterusnya ke ..?
terima kasih sebab tunggu .. tapi sekarang berehat sebentar kita tengok dulu insan baru lahir nie ... nama dia TAUFIQ .. nama penuh dia saya tak tahu lagi sebb saya sendiri pon tak dapat jumpa dia lagi sebab sibuk bekerja ..Taufiq nie anak kepada sepupu eza .. jom tengok gambar dia .. ^_^

nie hari pertama dia di lahir kan ...

Taufiq bersama dengan opah Ida

ini gambar dia setelah beberpa hari ...tak sabar rasanya 
nak balik ipoh cepat-capat tengok Taufiq nie ...
ok la tu dua hero dan dua heroin.. ^_^

Ok la itu saja la gambar yang eza ada tok kongsi dengan korang sumer .. 
assalamualaikum..

Sabtu, 31 Mac 2012

..wajah kini ..

  Assalamualaikum ..


 nie ummu syafiah ..
korang mesti tau kat ..
comey x bile syafiah pakai tudung ..
pipi tu yg buat ramai ase nak gigit ..



  nie pulak syafiah ngn umi n baba
 nak balik kampung pineng ..




sekarang , syafiah ngn baba 
tengah bersantai , rehat-2 kan badan .. hihi
umi tengah sibuk kat dapur ..

 key la ..sempai sini la dulu ye ..umi dah panggil syafiah la ..syafiah tolong umi dulu okey ..jumpa lagi ..

Nera AF9 hatiku milikmu lyrics

PeRmAtA hAtI

 
 “Kenapa muka baby dan kanak-kanak semuanya nampak comel? Padahal bila besar nanti, diorang belum tentu jadi ‘comel’ jugak macam masa diorang kecik-kecik…” (^^,)

 “Sebab kanak-kanak tak ada dosa…Bila hati dan jiwa masih suci bersih, muka pun nampak comel je dan sedap mata memandang..tenang jer melihatnya..rasa hilang semua masalah melihat muka baby yg suci ni…” (^_^)

*Macam mana kita yang dah besa...r panjang ni?

♥ Kena la bersihkan hati dari karat-karat DOSA. Supaya jiwa kita sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Kalau hati tak bersih, banyak dosa, dan tak bertaubat, orang pun serabut tengok muka kita, apa lagi diri sendiri… ^.^ 

*InsyaAllah..sama-sama men 'SUCI' kan hati yg dah berkarat :D

 

~✿>> ♥ ♥

~✿>> Memang benar..zaman sekarang sudah TIDAK ADA WANITA SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah kerana mereka adalah orang-orang TERPILIH oleh Allah Swt dan DIJANJIKAN SYURGA..

Namun, zaman sekarang masih ada WANITA AKHIR ZAMAN yang ingin BELAJAR DAN BERUSAHA menjadi wanita SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah dengan menjadikan mereka sebagai TAULADAN..

p/s : InsyaAllah mereka adalah wanita yang sedang MEMBACA STATUS ini..dan saya amat MENGHORMATI mereka..♥♥
1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Ahad, 19 Februari 2012

macam macam


Hadeh ..aku ase letih sangat2 ..arini aku pegi kuala kangsar ada konvensyen umno ..pagi aku dah bangun untuk bergegas ke sana pada pukul 5.45 pagi aku dah kuar rumah g cawangan ..sampai kat sana kol 7 pagi cam 2 ..adeh upenyer janji kene ada kat cawangan 6.30 ..aunty aku salah bagi info la pulak ...ish .ish ..ish ,.. dalam  perjalanan sempat gak ar aku tido tido ayam sat ..hehehe ...
bila dah sampai tempat yang di tuju baru lah aku tahu aturcara nya abis sampai kol 5 ..kalo aku tahu idok ler nak pegi ..
hehehehehehehehe ...
tapi berbaloi gak ar pegi tu ...bercampur dengan orang yang dah pangkat mak ayah atok nenek ..huhuhuhuhu ..sesampai je kat sana kami semua diberi sarapan nasi lemak dengan teh tarik ...huhu ..bila masuk dewan tepat pukul 9 mata dah mula mengantuk ... 
aih biasa la kalo dah masuk dewan kan2 ...tambah lagi dengar orang bercakap ....
huhuhuhuhu memang lentok abis ler ...
tapi apekan daya dah datang jemputan orang takkan nak tidokan ...
tahan ler snap2 gambar ler ,kaco  orang yg mane dekat ler ...
saat itu aku merasakan nak tunggu jam pukul 1.30 tok rehat giler lambat nyerrr ...
dengan penuh kesabaran menanti akhirnyer dapat gak ler kuar g makan ..
nyam ..nyam ..nyam ..
pukul 2 masuk dewan balik sampai pukul 5 ..adeh menantok nyer ...
terlelap gak ar kejap ..hikhikhik
dah2 x leh jadi nie aku men game mula wat dewan tu macam rumah sendiri ...
(amboi tak malu ea ..^ ^)
aku cuba mempertahankan mata aku daripada terlelap ..
alhamdulillah ...
sampai kol 5 aku x tertido dah ...bila dato' husni dah nak abis cakap ramai gak ler  yang kuar tak saba nak balik ..huhuhuhu ... 
aku selamat sampai rumah pukul 6.21 alhamdulillah ..
badan aku ase letih sangat2 ..
walaupon letih aku bersyukur kerana sekurang kurangnyer aku dapat lupakAN seketika ape yang ada kat pale aku nieh ...

Sabtu, 18 Februari 2012

menanti di barzakh



ku merintih , aku menangis ,
ku meratap , aku mengharap ,
ku memintad hidupkan semula ,
agar dapat kembali ke dunia nyata ,
perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara ,
singgah di rahim bunda ,sebelum menjejak ke dunia ,
menati di barzakh sebelum berangkat ke mashar ,
di perhitung amalan penentu syurga atau sebalik nya ..

Tanah yang basah berwarna merah , semerah mawar dan juga rindu ,
tujuh langkah pun baru brlalu ,
seusai talkin bernada syahdu ..
tenang dan damai di pusara ku ,
nisan batu menjadi tubuh ,
namun tak siapa pun tahu resah penantian ku ...

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian ,
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan ,
kehidupan disini bukan suatu hayalan tetapi dia sebenar kejadian ,
kehidupan disini bukan suatu hayalan tetapi dia sebanar kejadian ..


Kembali roh kembali ,
kembalilah ke dalam diri ,
sendirian sendiri , sendiri bertemankan sepi ,
hanya kain putih yang membaluti tubuh ku ,
terbujur dan kaku jasad di dalam kerana kayu ..

Ajal yang datang di muka pintu ,
tiada siapa yang memberi tahu ,
tiada siapa pon dapat hindari ,
tiada siapa yang terkecuali ,
lemah jemari , nafas terhenti ,
tidak tergambar sakit nya matti ,
cukup sekali tak sanggup ku mengulangi ..

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang ,
menggigil ketakutan ,
glap pekat di pandangan ,
selama ini di caritekan ,
kini aku merasakan ,
di alam berzakh jasad di kebumikan ,
selama ini di caritakan ,
kini aku merasakan ,
di alam barzakh jasad di kebumikan ,

Ku merintih , aku menangis ,
ku meratap , aku mengharap ,
ku meminta di hidupkan semula ,
agar dapat kembali ke dunia nyata ...

asal ek .?

aku ase kan macam dia mencabar kesabaran aku la ...
kenape mesti nak buat macam tu ..
punyer la banyak dalam dunia nie ...
ape yang ada kat orang la dia nak amik jugak ..
sedangkan dia pon dah ada jugak ..
dan punyer la banyak gambar dalam album tu ,
kenapa gambar aku jugak dia nak like ..
dah bermacam macam dia buat aku sabar je ,
tak kan la dia nak tunggu kena sound dulu baru nak sedar ..
aku malas ar nak cari musuh ..
tolong la jangan nak jadi musuh kau ..
aku tak kacau hidop kau,kira baik la tu ..
tak kan la sampai nak kene maki baru nak taubat ..
sedar la wei ..
tolong jangan nak kacau hidop orang bole tak ..
ape yang ko pandang kat aku,
sampai ko sanggup nak  hancurkan hubungan orang lain ..
sedar sedar la wahai hamba Allah ..
aku tak terus maki ko @tegur ko bukan sebab aku takot ..
tapi aku hormat ...
aku hormat ko ,ko tolong hormat aku ..

Jumaat, 17 Februari 2012

terus menanti .. ^_^

Penuh kesabar untuk menanti tarikh 23/2/2012 ...
tarikh tu pon dah semakin dekat ..
bermacam perasaan aku rasakan ..
huhu ..


aku rasa sangat bahagia ..
semoga ada rahmat untuk kami ..
setiap orang mengimpikan 
kebahagiaan ...


penuh kesabaran menanti sebuah
kebahagiaan ..
^_~

Selasa, 7 Februari 2012

@_@



aku masih lagi rasa sedih ..
aku dah cuba untuk bertenang ..
aku tak selesa bila rasa macam nie ..
aku akan pulang ke rumah ibu ku ..
harap semua nyer akan menjadikan aku ceria kembali ..
dan ase sebasalah aku nie akan hilang ..
amin ..



berikan la ketabahan dan kesabaran kepada ku ..
amin ..