1)
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.
2) Jangan pandang kepada kecantikan
kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan
susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas
kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
5) "Hidup tidak boleh
berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau
membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita
kembali semula kepada Ilahi."
8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.
10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan