Sabtu, 31 Mac 2012

..wajah kini ..

  Assalamualaikum ..


 nie ummu syafiah ..
korang mesti tau kat ..
comey x bile syafiah pakai tudung ..
pipi tu yg buat ramai ase nak gigit ..



  nie pulak syafiah ngn umi n baba
 nak balik kampung pineng ..




sekarang , syafiah ngn baba 
tengah bersantai , rehat-2 kan badan .. hihi
umi tengah sibuk kat dapur ..

 key la ..sempai sini la dulu ye ..umi dah panggil syafiah la ..syafiah tolong umi dulu okey ..jumpa lagi ..

Nera AF9 hatiku milikmu lyrics

PeRmAtA hAtI

 
 “Kenapa muka baby dan kanak-kanak semuanya nampak comel? Padahal bila besar nanti, diorang belum tentu jadi ‘comel’ jugak macam masa diorang kecik-kecik…” (^^,)

 “Sebab kanak-kanak tak ada dosa…Bila hati dan jiwa masih suci bersih, muka pun nampak comel je dan sedap mata memandang..tenang jer melihatnya..rasa hilang semua masalah melihat muka baby yg suci ni…” (^_^)

*Macam mana kita yang dah besa...r panjang ni?

♥ Kena la bersihkan hati dari karat-karat DOSA. Supaya jiwa kita sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Kalau hati tak bersih, banyak dosa, dan tak bertaubat, orang pun serabut tengok muka kita, apa lagi diri sendiri… ^.^ 

*InsyaAllah..sama-sama men 'SUCI' kan hati yg dah berkarat :D

 

~✿>> ♥ ♥

~✿>> Memang benar..zaman sekarang sudah TIDAK ADA WANITA SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah kerana mereka adalah orang-orang TERPILIH oleh Allah Swt dan DIJANJIKAN SYURGA..

Namun, zaman sekarang masih ada WANITA AKHIR ZAMAN yang ingin BELAJAR DAN BERUSAHA menjadi wanita SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah dengan menjadikan mereka sebagai TAULADAN..

p/s : InsyaAllah mereka adalah wanita yang sedang MEMBACA STATUS ini..dan saya amat MENGHORMATI mereka..♥♥
1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.